buku grammar

Tiada Lagi Alasan untuk Kesalahan Tatabahasa Bahasa Inggeris! 7 Buku Bahasa Inggeris yang Merangkumi Setiap Topik Tatabahasa

Tatabahasa umpama matematik.

Anda belajar peraturan dan kemudian berfikir bagaimana untuk menggunakannya.

Kecuali untuk beberapa situasi, peraturan tatabahasa ini boleh dikatakan universal, dan boleh digunakan dalam semua perbualan dalam sesuatu bahasa itu.

Sebab itulah membaca buku tatabahasa bahasa Inggeris adalah salah satu cara belajar yang berguna. Sama seperti buku teks matematik lama dari zaman sekolah, buku tatabahasa menunjukkan kepada anda peraturan dan membantu anda menggunakannya dengan betul.

Tapi jangan risau. Itu tidak bermakna belajar bahasa Inggeris perlu menjadi seperti kelas matematik.

Terdapat banyak buku tatabahasa bahasa Inggeris yang bagus yang anda boleh belajar pada waktu lapang anda, dalam kafe atau ketika bermalasan di atas katil.

Tiada meja kerja atau peperiksaan awal pagi!

Dan yang paling menguntungkan, kebanyakan daripadanya boleh didapati secara dalam talian, percuma sepenuhnya.

Dalam artikel ini, saya sudah kumpulkan senarai buku tatabahasa bahasa Inggeris percuma yang anda boleh muat turun dengan mudah dan baca di waktu lapang anda. Setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan anda boleh pilih yang paling sesuai dengan anda berdasarkan keperluan pembelajaran anda.

Learn a foreign language with videos

Bagaimana untuk Mendapatkan Manfaat Penuh daripada Buku Tatabahasa

Tip di bawah akan memberikan sedikit panduan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan manfaat penuh daripada buku tatabahasa yang anda rujuk.

  • Belajar mengikut susunan topik. Kebanyakan buku tatabahasa menyediakan topik yang ringkas dan asas dahulu sebelum ke topik yang lebih rumit. Jadi, mengikuti susunan topik yang disarankan adalah idea yang bagus.
  • Baca bahagian teori terlebih dahulu. Jangan mulakan sebarang latihan kecuali anda sudah membaca dan memahami teorinya terlebih dahulu. Dengan cara itu, apabila anda akhirnya memulakan latihan, anda kurang menjadi buntu.
  • Cuba bina ayat berdasarkan contoh yang  diperikan dalam buku itu. Kebanyakan contoh dalam buku ini menggunakan ungkasan dan kosa kata bahasa Inggeris yang biasa. Jadi anda boleh mencuba dan mengingati formatnya  untuk digunakan dalam perbualan harian anda.

Sebagai contoh, anda mungkin pernah berjumpa dengan soalan contoh seperti “Can you tell me the way to the school?” Anda coleh cuba mengingatinya dan menggantikan “school” kepada “bank” atau “restaurant“, yang mana sesuai, dan gunakan ia apabila anda perlu bertanya untuk arah.

  • Rujuk kunci jawapan untuk menyemak jawapan anda. Ketika memilih buku tatabahasa, pastikan ia disertakan bersama kunci jawapan untuk latihan yang disediakan dalam buku itu. Kunci jawapan itu mengandungi jawapan yang betul untuk latihan yang disediakan akan membolehkan anda menyemak jawapan latihan anda.

Anda perlu pastikan yang anda menyelesaikan latihan dengan betul, jika tidak anda tidak akan dapat belajar daripadanya!

free-english-grammar-books

  • Sertakan pembelajaran anda dengan video dari dunia berbahasa Inggeris sebenar di FluentU. Buku tatabahasa tidak dapat membantu apabila ia melibatkan kemahiran sebutan, dialek atau kiasan dalam perbualan harian. Jadi ia adalah lebih baik untuk mendedahkan diri anda dengan bahasa Inggeris sebanyak mungkin, dan FluentU adalah yang terbaik (dan paling menyeronokkan) untuk melakukannya.

FluentU menyediakan video asli berbahasa Inggeris, seperti treler filem, video muzik, ucapan yang memberikan inspirasi dan banyak lagi, yang telah diolah untuk pembelajaran bahasa yang tersendiri. Setiap video didatangkan bersama sarikata yang berinteraktif, kad imbasan, kuiz yang menyeronokkan dan transkrip penuh. Dengan itu, anda bukan sahaja menonton pertuturan penutur asli berbahasa Inggeris—anda belajar melaluinya dengan aktif.

Video itu disusun mengikut kategori dan tahap, jadi ia mudah untuk anda mencari yang sesuai dengan anda. Keliru tentang topik tatabahasa tertentu? Hanya perlu taipnya di ruangan carian dan FluentU akan menunjukkan video untuk mendemonstrasikannya. Sebagai contoh, dalam video berita sains yang benarik ini, anda akan mendengar banyak contoh ayat yang merujuk perkara yang sudah berlaku, “past tense“. Anda boleh melihat .senarai penuh video secara percuma dengan FluentU percubaan.

7 Buku Tatabahasa Bahasa Inggeris yang Percuma dan Boleh Dimuat Turun untuk Bacaan Anda Sekarang

Tidak kira sama adan anda seorang pelajar bahasa inggeris yang baru atau anda sudah fasih berbahasa Inggeris namun berasa tatabahasa anda sudah berkarat kerana jarang menggunakannya. Buku percuma ini yang mengandungi kombinasi buku teks dan buku latihan akan memberi manfaat kepada anda.

Buku Asas Tatabahasa sebagai Permulaan untuk Anda

Jika anda seorang pelajar yang baru dan tidak mempunyai kemahiran dalam asas tatabahasa, buku ini sememangnya berbaloi untuk anda lihat.

English 4U

free-english-grammar-books

English 4U adalah sebuah laman web yang menarik, dipenuhi dengan pelbagai sumber daripada penutur bahasa Inggeris tidak asli yang baru memulakan proses pembelajaran bahasa Inggeris. Laman web ini mempunyai dua buku tatabahasa yang boleh dimuat turun secara percuma. “Grammar Book 1” adalah untuk pelajar baru, sementara “Grammar Book 2” adalah buku susulan pelajar untuk peringkat pertengahan.

Buku pertama merangkumi topik asas tatabahasa bahasa Inggeris, seperti ayat majmuk, ayat ringkas, artikel dan soalan. Ia sesuai untuk mereka yang tidak memahami struktur asas pertuturan bahasa Inggeris.

Terdapat 16 bab. Setiap satunya bermula dengan pembelajaran ringkas, diikuti dengan beberapa latihan yang dilengkapi dengan jawapan.

Buku kedua merangkumi ayat yang lebih rumit, kata kerja yang tidak teratur dan perkataan yang hampir sama yang senang tertukar. Ia mempunyai 20 bab.

Grammar Teacher

free-english-grammar-books

Grammar Teacher adalah laman web yang khas untuk membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris. Malah, ia mempunyai buku tatabahasa percuma, yang anda boleh muat turun dan kongsikan bersama rakan anda tanpa sebarang bayaran, selagi anda tidak mengubah isi kandungannya.

Buku ini dipanggil English Grammar Secrets” dan fokus utamanya adalah penggunaan ayat berlainan dengan betul dan juga kepentingan bentuk kata kerja bahasa Inggeris seperti “will“, “can“, dan “should” yang mana digunakan secara meluas dalam pertuturan.

Buku ini juga mengajar anda bagaimana untuk bertanya dan menjawab soalan dan meluahkan perasaan atau ucapan dalam ayat yang bersesuaian. Setiap bab bermula dengan ayat pendek, diikuti dengan beberapa latihan yang berkaitan dengan kuiz tatabahasa di laman web itu.

Oxford Guide to English Grammar

free-english-grammar-books

Oxford Guide to English Grammar,” oleh John Eastwood, adalah buku rujukan tatabahasa lengkap yang sepatutnya sentiasa disimpan bersama anda. Ia merangkumi topik penting tatabahasa yang terperinci, dan adalah buku yang bagus untuk memahami corak dan struktur bahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun, buku ini tidak mempunyai latihan, jadi adalah disarankan menggunakannya sebagai buku rujukan. Sebagai contoh, jika anda buntu di mana-mana atau anda memerlukan penjelasan lanjut, rujuk topik yang berkaitan di dalam buku ini dan lihat contoh yang diberikan.

Atau dengan cara lain, anda boleh guna buku ini sebagai bahan tambahan kepada sumber rujukan tatabahasa yang lain, dan rujuk ia ketika anda memerlukan penjelasan yang terperinci atau ingin melihat contoh lain yang berbeza.

Buku Tatabahasa Dalam Talian untuk Pelajar yang Sibuk

Buku tatabahasa ini tidak datang dalam bentuk format PDF yang boleh dimuat turun, tetapi adalah sumber dalam talian yang sudah disusun. Ini bermakna anda boleh memilih topik atau latihan tertentu dengan mudah dan belajar di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Buku Tatabahasa Dalam Talian Englishpage

free-english-grammar-books

Indeks topik tatabahasa di laman web ini akan memberikan anda senarai kursus bahasa Inggeris lengkap. Topik disusun mengikut abjad dan anda boleh bermula daripada mana-mana sahaja. Setiap topik juga mempunyai beberapa latihan dalam talian untuk membantu anda meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda.

Malah, pada bahagian atas laman web ini, mereka mempunyai “tutorial tatabahasa” khas untuk topik tertentu seperti ayat kata kerja, gerund, kata bersyarat, di mana ia didatangkan bersama carta dan senarai soalan yang kerap ditanya untuk memastikan anda betul-betul faham topik itu.

Panduan Tatabahasa Bahasa Inggeris Education First

free-english-grammar-books

Education First juga mengandungi panduan tatabahasa yang hebat, disusun kemas mengikut kepentingan dalam pertuturan (kata nama, kata sifat, kata kerja, dll). Saya sarankan anda menggunakan buku ini sebagai bahan rujukan, kerana mereka mempunyai definisi yang mudah difahami dan contoh yang berkaitan.

Anggap ia seperti buku teks berbanding buku latihan. Sebagai contoh, jika anda keliru tentang kata nama, anda perlu belajar tentang jenis kata nama yang berbeza, peraturan huruf besar, malah tentang kata ganti nama. Dengan itu, anda akan boleh kenal pasti kata nama dalam ayat dan juga belajar bagaimana untuk sesuaikannya untuk mengekspresikan apa yang anda mahu.

Senarai Buku Tatabahasa untuk Orang yang Mementingkan Kesempurnaan

Buku tatabahasa bahasa Inggeris percuma di atas sememangnya akan memberikan asas yang kuat kepada anda. Namun jika anda sudah menghabiskannya dan mahukan lebih banyak sumber percuma untuk meneruskan dan menyempurnakan pembelajaran anda, pautan di bawah mungkin dapat membantu.

Pangkalan Data PDF Drive

free-english-grammar-books

PDF Drive merupakan enjin carian untuk mencari dan memuat turun e-buku secara percuma. Terdapat buku untuk pelbagai topik, termasuklah banyak buku tatabahasa bahasa Inggeris. Sama ada anda sedang mencari buku latihan, pakej ujian, buku rujukan atau buku tatabahasa yang menfokuskan pada topik tertentu, anda akan menjumpai banyak pilihan yang sesuai dengan keperluan anda.

Anda juga boleh menyusun senarai itu mengikut kesesuaian, populariti dan bilangan muka surat untuk memperincikan carian anda. Jika anda masih keliru, pilih sahaja buku daripada Oxford atau Longman dan anda pasti mendapat rujukan yang tepat.

Kertas Kerja Tatabahasa ESL

free-english-grammar-books

Laman web ini mempunyai pautan untuk dua buah buku tatabahasa percuma dan juga mempunyai senarai buku yang disarankan untuk dibeli. Bagaimanapun, kedua-dua buku percuma itu mengandungi lebih 100 kertas kerja dan adalah suatu yang wajib untuk pelajar yang inginkan latihan tatabahasa yang banyak.

Kertas kerja ini mempunyai pelbagai latihan yang akan mengambil masa anda untuk menyiapkannya. Jika anda sudah habis membaca buku tatabahasa dan sedang mencari latihan untuk menguji apa yang anda pelajari, anda pasti sukakan kertas kerja ini. Malah anda boleh gunakannya untuk latihan berkumpulan.

 

Pembelajaran bahasa Inggeris tidak memerlukan kos yang mahal dan menggunakan banyak masa. Internet menyediakan pelbagai sumber jika anda tahu di mana untuk mencari dan bagaimana untuk menggunakannya. Tidak seperti beberapa bahasa lain, tatabahasa bahasa Inggeris adalah lebih mudah difahami, dipelajari dan digunapakai, dan sebaik sahaja anda dapat menguasai asasnya, anda selangkah lebih hampir untuk menjadi penutur yang fasih. Jadi berusahalah dengan bersungguh-sungguh, belajar dengan kerap dan penguasaan dalam bahasa Inggeris boleh dicapai oleh anda.

 


Archita Mittra ialah seorang penulis, jurnalis, editor dan pendidik bebas.  Lihat blognya atau hubunginya untuk pertanyaan berkenaan pendidikan/kerja bebas.

If you liked this post, something tells me that you'll love FluentU, the best way to learn English with real-world videos.

Experience English immersion online!

Comments are closed.